Posts

Showing posts from February, 2022

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Image
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah Sekolah SK Hashim Awang

  Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 September 1954. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama "Government English School, Kepala Batas". Pada masa penubuhannya sekolah ini mempunyai 3 orang guru termasuk Guru Besar iaitu E. Abdul Aziz bin Abdullah dan seorang jaga. Manakala bilangan murid seramai 81 orang . Pada 10 Ogos 1958 , nama sekolah ditukarkan kepada "Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, Kepala Batas" Berikutan dengan itu juga moto sekolah telah ditukar dari "Originality" kepada "Ilmu Panduan Hidup" Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh YB Ketua MEnteri Pulau Pinang ketika itu iaitu Datuk Wong Pow Nee pada 17 November 1960. Pada 4 September sekolah ini sekali lagi ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang Kepala Batas oleh Lembaga Pengurus Sekolah , sempena nama pengasas sekolah ini pada 10 Julai 1972. Seterusnya sekolah ini telah ditukar kepada "Sekolah Kebangsaan Hashim Awang pada tahun 199...